no...no..no..

Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat emak yang tercinta emabutfly...
dan juga kakak aku yang sudah bergelar mama dan ummi....

"Selamat Hari Ibu"


i love u emak!!



 terima kasih emak!..membesarkan anak-anak emak yang
nakal ni..dan manja terlebih ni..

aku, akak first dan second..

adik beradik aku 4 orang..
mane anak mak lagi sorang ni....

ni anak mak yang last..

mama kepada mohd haziQ haQimi
akak aku yang first ni ada putera sorang je..bukan main lagi manjanyew...
biasa lah anak sorang...
ummi kepada nurul husna al'amani & nurul Hasya al'amanina
panjang betul nama anak buah akak aku yang no 2 ni..

aku & nurul husna

aku pulak bila lagi nak bergelar ibu?...
hahahaha..
tak sabar nye..cepat2 cikit tahun depan..

Sekian

Monday, 13 May 2013

Tunggu Adnan Sempit 3

Tak sabar...tak sabar nak tunggu cerita ni kat pawagam!!
Bestnye!!
Nak tengok dia jadi dato' Nan!!!

"Dato' Nan is here!!"
"bila kereta i boleh siap!!"
"Mane pulak gear moto ni...!!"
hahahaha....


Sekian...

letak sikit gambar tak sabar!..hehehe
&
letak sikit gambar tak sabar nak kawin....



Tuesday, 7 May 2013

Berikan senyuman seperti Kiyomi

Assalamualaikum...

Beri salam dengan penuh makna...!!
dan..
sebut KIYOMI!! 


1 plus 1 equals kiyomi
2 plus 2 equals kiyomi
3 plus 3 equals kiyomi

ki-ki-kiyomi(2x)

4 plus 4 equals kiyomi too
5 plus 5 equals kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu kiyomi
I'm Kiyomi



Sekian!!

Friday, 26 April 2013

Takut berkahwin dan siapa yang materialistik?

Assalamualaikum...: )

Bagi salam biar nampak sopan sikit.

Tengok kawan yang sebaya yang pernah sekolah sama-sama dulu dah ada yang dah berkahwin. Sudah jugak menimang cahaya mata.
"Hai...aku bila la ye?.." 

Keinginan tu ada cuma lagi berkira-kira sama ada ekonomi sudah stabil atau tidak untuk mendirikan rumah tangga. Si jejaka mesti pening kepala hendak memikirkan. Itu belum lagi bila bersua dengan kawan lama di soal pulak dengan soalan cepu mas.
"Bila lagi?", pening nak menjawab. Ada yang pandai cover line jawap jer belum ada jodoh yang sesuai. Padahal dah pasang cita-cita untuk menyunting bunga di taman tapi disebabkan bajet nak kahwin macam ciput terus matikan niat. Lelaki juga ada nilai 'maruah' yang tinggi. Takkan nak bagi isteri tinggal rumah kos rendah?. Macammana pula kalau tak ada kereta?, Hantar isteri naik motor je?. Itu semua dah set dalam kepala lelaki.

Lelaki boleh demam panas untuk memikirkan hal-hal macam ni. Tak hairan lah kalau mereka ni lebih suka digelar "bujang lapok" daripada menyusahkan orang lain dan boleh juga menyusahkan dirinya sendiri juga!.
Mana tak demam panas kalau terpaksa mengikut rentak si gadis buah hati pengarang jantung si jejaka ni. Tengok saja di awal perkenalan, lelaki sudah terpaksa menghitung duit di dompet. Mana duit minyak, mana duit nak belanja kekasih. Hadiah mesti ada, itu belum lagi kalau si gadis mengajak pergi shopping. Mahu menggeletar lelaki nak mengeluarkan duit. Tetapi terpaksa di layankan jugak.
Alahai...

gambar hiasan
 Bila berlaku perkara macamni mula lah lelaki menuduh perempuan ni materialistik!.
Shoping sahaja!. Semua jadual mega sales memang ada je dalam PDA diakan...
Ini yang menakutkan lelaki untuk dekati perempuan. Belum sampai hujung bulan gaji sudah habis belanja si gadis yang dicintai.

Itu cerita si gadis masa kini, macammana pula cerita si jejaka masa kini?.

Keperluan sekarang ni semakin meningkat
Jadi jangan terkejut jika lelaki zaman sekarang ada yang mahu memperisterikan perempuan yang boleh menyumbang ekonomi "rumahtangga".
Pada mereka nampak macam realistik!. Tapi tak nampak ke  mereka ni pun macam MATERIALISTIK?...

Jangan pelik jika sekarang ni 50% duit hantaran tu datangnya dari belah perempuan.
Dulu, sekitar tahun 90-an kalau duit hantaran letak RM 3 000 - RM 5 000 sudah cukup melengkapkan sebuah majlis perkahwinan. Tapi sekarang letak RM 7 000 habis lah!. Itu belum lagi nak membeli set katil, sewa pelamin, kad jemputan, ambil gambar lagi, barang kemas untuk batal air sembahyang. Banyak lagi lah!.
Semuanya duit!.

Hai...lelaki bukan sahaja terpaksa memikirkan majlis perkahwinan tapi mereka juga terpaksa memikirkan berulang kali selepas mendirikan rumah tangga. Adakah mereka ini betul-betul bersedia menjadi seorang suami yang boleh memenuhi segala keperluan bakal isteri mereka sedangkan diri sendiri  masih lagi terkapar-pakar. Lain lah kalau lelaki memang dilahirkan dalam keluarga yang berada atau senang, masalah untuk menamatkan zaman bujang  tak ada masalah langsung!. 

Jadi janganlah menganga pelik sangat kalau lelaki terpaksa mencari kekasih yang bukan je mampu berkongsi cinta, berkongsi hidup tetapi dapat berkongsi gaji dan berkongsi buku akaun bank si gadis!.
Bonus bagi lelaki kalau ditakdirkan bertemu dengan gadis yang berkelulusan tinggi dan memang berduit. Lagi pemurah lagi bagus. Beruntunglah badan.

Macam materialistik juga kan?.

gambar hiasan






Sekian.
 







Tuesday, 23 April 2013

Marah sangat kan?

Macam ni..petang sabtu tadi aku minta sangat fauzan hantar puchong...Macam-macam alasan aku cipta and dia pulak macam-macam alasan yang dikarang...
Last-last fauzan mengalah...Sebab?...Aku dah selalu sangat cakap benda yang sama macam ni..

"Bila nak datang Puchong?...."
"Tak taw jalan la yunk...", alasan yang selalu dia bagi kat aku macam ni lah..menyampah betul!!..
"Jom lah! hantar ema ye?...nanti taw lah jalan gi puchong"
"Tapi...moto kesayangan tu macam mana?....tak rindu kat dia ke kalau tinggal kat kampung??"...hamboi da start dah...tak nak hantar la tu....kan??....Aku pun ape lagi...
"Dah la lepas ni tak nak cerita pasal ni lagi..Ni je!! last ema cakap pasal benda ni..lepas ni tak payah dah..Memang tak ada hati nak datang puchong kan?.." balik-balik ayat ni jugak yang aku akan cakap dekat fauzan...cakap last...Nanti bila jumpa cakap lagi benda yang sama..Hehe...Saja nak bagi dia bengang sekejap..
"Ema yang mulakan dulu kan??!!", dia dah start marah.
"Asal pulak?.", buat-buat macam tak tahu apa-apa...dalam hati rasa macam nak gelak kuat-kuat.
"Okey! nanti abang hantar"
"Yes!!", misi berjaya!!
"Mengada!"

letak sikit muka mengada tuh!..hahaha
Ahad tu dia hantar aku, ajak sekali sepupu dia. Takut salah jalan kot.
Muka macam tak puas hati..Biarkan kalau dia tak ikhlas..
Saja nak buat macam tu...hihihi..
Sampai dekat traffic light Kapar tiba-tiba fauzan amik line kanan sekali..Aik pelik dia ni..
"Kenapa ambil line ni?"
"Nak lalu mana?"muka dia dah kerut-kerut.
"Lalu sana la...sini-sini!", sambil tunjuk-tunjuk tak cakap pun belah mana..Pening tiba-tiba tak taw mana kiri ke kanan, padahal dah selalu lalu jalan ni. Mahu fauzan tak berkerut-kerut dahi dia.
"Ish!..kenapa tak cakap?..tadi kata tak nak lalu Setia Alam?"
"Memang lah tak nak lalu Setia Alam..tapi kena lah lalu jalan ni..."
"Cakap lah MERU!!", muka fauzan dah merah tahan marah.
" Sana la!", eleh nak marah je.....
Lampat pulak traffic light ni nak hijau.
"Ish! nanti kena langgar macam mana?? nak terus ambil line kiri ni ingat senag??!!. Bahaya taw tak??!!"
"Ermh...dah cakap belah sana kan?"
"Lain kali cakap awal-awal!!", dah la marah aku kuat-kuat tak sedar ke sepupu tu dekat belakang macam menyampah je kat kita ni?....Aku pun masa tu dah tak tahan dah dia membebel-bebel macam mak kiah dah!..
"Tak payah lah nak marah sangat-sangat..tukar jelah laluan tu..."
"Ingat senang!".

Rasa macam icon dalam kereta masa tu tak berfungsi je sebab bengang dekat Fauzan....
"Eleh....merajok la tuuuu?.....", nak pujuk aku la tu..
"Ish....", buat gaya macam halau nyamuk!! (padam muka ko!)

Ingat lepas tu dah ok..Aku pun kalau bengang kat dia tak adalah lama sangat. Tak sampai 10 minit dah okey dah.
"Pukul berapa dah?", dia tanye sambil jeling-jeling.
"Baru 3.30petang...Kenapa?, lambat ke?"
"Ha?", dia buat muka blur...Blur yang teramatsangat blurrrrnye.
"Lah saja lah tanya dah lama ke kat dalam kereta?..lambat ke?"...dia still tak dapat tangkap ape yang aku tanya..Lah!,  soalan aku ni susah sangat ke..Dia start dah buat muka menyampah lagi kat aku.
"Tak paham ke?", saja aku tanya lagi.....
"Jangan pening kan abang dengan soalan macam ni boleh tak?"...boleh dia cakap macam ni kat aku kan...
Eleh, poyo giler. Lepas tu malas aku nak layan..Lantak ko lah...aku just cakap kiri kanan kiri kanan je kat dia...Dah sampai dekat Tol Rasau dia dah start perli-perli aku.
"Jalan sini kan jauh! banyak tol..."
"Dah memang ema guna jalan ni..."
"Dah la jauh, tol banyak pulak tu. Kalau lalu Setia Alam kan dekat.", dia ni macam nak sangat lalu Setia alam tu kan. Haritu masa suruh datang puchong bukan main lagi cakap tak taw jalan. Sekarang dah sampai sini bukan main lagi siap perli-perli lagi kan....Aku diam je! malas nak cakap. Semuanya dia yang betul.

Sampai je rumah dekat puchong bukan main lagi dia mengadu dekat kakak. Hamboi!. Lepas tu aku pun cakap lah dekat kakak yang fauzan ni taw nya nak marah je...
"Eleh kak, ema tu bagi jalan jauh", mengadu je kerja dia kan..
"Memang kita selalu guna jalan tu kan?", kakak aku terus angguk. Dah memang betul pun. Jauh-jauh pun sampai jugak!.

Cucuk mulut tu guna lidi jambu ni taw lah..

Bengang!!

Lepas 1 hari, sms menyusul
Dia: sayang bg adiah ape at abg?.
Dia: Mucuk. trima kasih sngt baju ni...cantik, mst mahal ni. nak frame kn.hehehehe..trima kasih sngt2 syg.
Dia: Trima kasih sngt baju nie ngn kad..abg hargai sngat2..terima kasih syg..i love u so much..abg jnji xkn hampakan cinta syg kat abg...:-)
Dia: Nk nangis rasenye dapat bju baru...trime kasih syg..
5 sms bertubi-tubi...ingat kan nak marah lagi...hehehe
Aku: Sapu la kaki tu dengan minyak...
Boleh balas sms macam ni?..hahaha sebab sebelum tu dia ada mengadu sakit kaki.

taw pun nak sayang kita!!
Sebenarnya sehari sebelum nak balik kampung tu memang dah prepair hadiah untuk fauzan. Nak bagi masa besdy dia lambat lagi...kitorang punya tarikh couple pun bulan depan...Aish tangan dah gatal nak balut hadiah je...So aku pun balut je lah..Siap buatkan kad comel-comel untuk dia..
Tu yang aku touching sikit tu masa dia hantar puchong nak marah-marah...Dah la hadiah kita kasi tak nak buka siap letak dekat kereta 1 lagi...Pape ntah...
Bila dia cakap nak buka hadiah tu macam sayang je malas aku nak layan. Sukahati lah...Last-last buka juga kan....

love u tuan yang garang!!


Sekian!!







Thursday, 18 April 2013

Pantai Redang Lagik!!

Balik kampung memang tak sah kalau tak pergi sini...
Balik dari kenduri pun sempat lagi ajak ayah datang sini....


suke sangat kan pergi pantai ni...

letak sikit gambar budak poyo bawah ni :
satu2 nye adik yang aku ada..huhu
letak sikit gambar ko yang pelik2 ni..ngeh2...



SeKian!!




Sekitar Tasik Shah Alam


sekian