no...no..no..

Tuesday, 25 September 2012

Resident Evil : Retribution

Assalamualaikum

Apa yang terlintas di fikiran kita ye bila sebut resident evil??..
Game Aksi??!!!
Pesiung!!!...pesiunggg...!!
Bunyi macam lain macam jerk...


Tapi yang aku nak cerita ni Residen Evil : Retribution!. Aksi Bingbing dalam movie ni.




Dia dengan Alice punyai misi untuk hapuskan kewujudan t-virus.




Alice!!
Penyelamat yang diharapkan untuk hapuskan mayat hidup yang makan daging manusia.
Aku fikirkan begitulah. Mereka sama-sama mengembara dari Tokyo ke New York, Washington dan Moscow.




So, aku sempatlah tengok movie ni dekat pawagam yang berdekatan.




Selamat menonton!!

Sekian

Monday, 24 September 2012

MAD MARKETS

..Assalamualaikum..

Bestnya Hanis Zalikha jadi pengacara Mad Markets.
Meletop kau Jah!!!


Cute memang cute lah...aku suka okey!!




Nak lagi..nak lagi...!!!


Kan dah kata..DIA sangat CUTE!!

Cerita pasal Mad Markets ni...Hanis Zalikha akan bawa penonton untuk cari tempat-tempat yang best dan murah-murah untuk shopping.

Shopping??!!!.Whoww!!


Yang bestnya lagi....sambil-sambil shopping boleh cuci mata tempat yang menarik and dapat makan makanan yang sedap-sedap dinegeri orang.

Yang bestnya lagi...Mad Markets ni...dalam satu episod tu mesti Hanis Zalikha ditemani oleh penulis blogger.
Macam MARIA ELENA!!!..


aku pun suka DIA!!!

So..untuk merasi keseronokan bercuti sambil shopping sakan, disinilah untuk mengutip informasinya!!..


Selamat membeli-belah!!...


Sekian!!

Thursday, 13 September 2012

'Rumah Terbuka'

Amboi-amboi sedapnya makan dirumah terbuka. Selepas ini mahu pergi rumah terbuka dimana pula?. Untuk 1 hari berapa orang yang menjemput anda bertandang kerumahnya untuk meraikan majlis 'rumah terbuka'.

Adakah benar trend mengadakan rumah terbuka mengikis amalan ziarah di Aidilfitri yang selama ini dilakukan oleh umat islam?.

Bagi pendapat saya, mengadakan rumah terbuka mengehadkan kita daripada berkumpul bersama sanak saudara yang jauh dan saling bermaaf -maafan.  Bukan kah nilai-nilai ini perlu ada dan secara tidak langsung dapat membentuk anak muda kita agar amalan yang mulia ini berterusan ke generasi akan datang.

Jika kita mengisbas kembali kenangan lalu, kelihatan rakan sebaya berpakaian baru berjalan beriringan mengunjungi rumah jiran sekampung. Ada juga yang berbasikal menampakkan lagi suasana kemeriahannya di pagi syawal. Waktu itu, biarpun tidak mengenali sangat tuan rumahnya siapa, mereka tidak kisah dan memberi salam untuk beraya selain menyimpan sedikit harapan tuan rumah memberikan duit raya. Sekalipun duit raya yang dikumpul si kecil ini tidak banyak, ternyata amalan berzirah di Aidilfitri suatu masa dulu merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dan sesuatu kejiranan.

Ibu ayah pula berberpeluang untuk mengenali anak-anak kawannya yang semakin bertambah dan meningkat dewasa. Mana tahu boleh dijodohkan dengan permata hatinya suatu hari nanti. Namu sebenarnya golongan ini mahu merapatkan perhubungan dan dapat bertemu mesra dengan lebih lama lagi.

Bagi anda bagaimana?. Saya kurang selesa dengan trend rumah terbuka. Sejak bila amalan rumah terbuka ini wujud pun rasanya kita tidak perasan bukan.

Namun inilah fenomena masyarak sekarang lebih selesa dengan 'rumah terbuka'. Ada yang suka dengan cara ini. Alasannya, mengadakan 'rumah terbuka' menjimatkan masa dan tenaga. Ini kerana tuan rumah hanya perlu menjemput seramai mana yang dikehendaki dalam hanya satu hari dengan menjemput mereka melalui sistem pesanan ringkas (sms), email, facebook, twitter, dan blog. Tuan rumah sudah tahu siapa yang akan hadir.

Cara menjamu tetamu yang hadir juga mudah. Hanya perlu menyediakan sebuah khemah yang indah didepan rumah serta disajikan dengan makanan dan minuman yang enak-enak seperti air tembikai laici, cendol, abc, nasi beriani, nasi kerabu, nasi tomato, mee kari, soto, laksa, satay, rendang, dan lain-lain.

Namun begitu harus diingatkan, elakkan pembaziran dan biarlah mengikut kemampuan kita.

Justeru itu, bersederhanalah dalam menyambut Aidilfitri dan dalam kita bergembira jangan lupa yang tiada serta insan yang kurang bernasib baik yang menderita kesakitan mahupun dihimpit kesusahan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"..Panjang usia kita berjumpa lagi tahun hadapan. 


Tuesday, 11 September 2012

Karnival Jelajah Sihat 2012

SEPANG, Ahad, 9 September, 2012 : Seramai 600 peserta daripada Hospital Serdang mengambil bahagian bagi menyahut cabaran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui penganjuran Program Berjalan 10, 000 Langkah Merdeka.

Seawal jam 7.30 pagi peserta memulakan program ini.




Program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan hidup gaya sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat usia, malah untuk melahirkan semangat patriotik dalam jiwa peserta tambahan negara kita baru sahaja meraikan hari kemerdekaan yang ke-55 tahun.

 Malaysia Tanah Air Ku!. Terima Kasih Malaysia.



Program ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor di peringkat daerah Sepang. Penganjuran program seumpama ini perlu, berikutan hasil tinjauan kesihatan menunjukkan penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat. Daripada 11.6 peratus pada tahun 2006 kepada 15.2 peratus tahun lalu.



Justeru itu, kempen berjalan 10, 000 langkah ini merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan masalah kegemukan kerana ia adalah ancaman utama yang memdedahkan rakyat negara ini kepada penyakit darah tinggi, kalestrol, dan darah tinggi.