no...no..no..

Wednesday, 27 March 2013

PART 2 : ZAMAN SEKOLAH

Kenakalan aku tak dapat nak di bayangkan ketika ni.
5 hari sebelum exam sebuk nak pergi kem..Padahal bukan tak pernah di bagi peluang pun...Tapi kalau boleh nak selalu diberi peluang saat-saat akhir bergelar pelajar sekolah.

Hahaha! degil punya pasal ayah aku bagi jer pergi kem tu dengan perasaan yang sangat kecewa.
"Tak degar kata!!"....

Habis je kem tu terus demam. Alasannya!!,  penat kem tu panjat-panjat bukit dan kebetulan masa tu ada virus chikungunya....

Fakta berkaitan Deman Chikungunya.

Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi.

Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.

Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Balik je kem, ayah aku da buat muka sedih sebab tengok anak dia dah macam tak ada energy langsung..Terus bawak pergi klinik...Masa ni lah aku dapat rasa kan betapa sayangnya la ayah aku tu sampai tak kasi pergi mana-mana...

Tapi aku bukan kena virus tu..hehehehe..

Letak sikit picture masa pergi kem tu....
4 taun yang lepas...
wajah kawan aku yang sengal!
wajah yang belum nak demam...hahah! 2 dari kiri!!
Zaman Sekolah Aku!!








































Antara program-program yang di jalankan.....

Muhasabah diri!! siapa kita untuk keluarga dan masyarakat??..













Nilai berpasukan!!












Cipta lagu atau sajak!!


























Gambar yang satu ni speciall sikit...macam pelik kan ambil gambar sambil pegang kain batik..
Gila ker ape..hahaha!. Ni semua pasal duit RM50 setiap kerja yang terlaksana setelah membasuh kereta cikgu kitorang...hehehe...
Setiap apa yang dilakukan mesti di berikan ganjaran...Sama seperti mencari ilmu!!!...
"Tapi jangan disalah ertikan dan disalah gunakan!!"....

Sekian!!

Tuesday, 19 March 2013

PART 1 : ZAMAN SEKOLAH

My best friend ajak pergi cyber cafe pada petang tu nak buat keje sekolah katanya. Maklum lah masa ni dekat rumah memang tak ada internet, kalau setakat komputer gedabak tu ada lah.

So...macam yang telah kawan aku janjikan....Aku pun ambil dia dekat rumah lepas tu kitorang pergi ciber cafe....
Paham-paham jelah kalau cari bahan dekat sini.Bising gila dengan budak-budak yang main game la, ada tu 1 pc sampai 4, 5 orang. Hye macam-macam!!!...

Yang aku nak cerita ni, masa aku tengah syok-syok tengah cari sumber dari google aku dengar ada sorang budak lelaki sebelah aku ni menyanyi.....Okey je...Tapi macam jiwang sangat. Tambah lama tambah kuat..
Hamboi kau!!!.....Ish rasa macam nak sepak-sepak pulak budak ni karang, nak sound karang lain ceritanya nanti. Datang lagi 1 member dia ni, joint memekak dekat situ.
Ingat pusat karaoke ke dik??!!!!!...
Ish rasa dah hilang sabar ni....Aku pun ape lagi toleh budak tu. Lepas je aku tengok budak tu aku terus berkesima lama gila sampai kawan aku tegur.
Tadi bukan main lagi kan nak sepak la...nak apelah....., baru tengok muke je dah pucat macam nampak hantu. Kan??..

Hahahaha...Sebenarnya bukan pucat sebab nampak budak tu macam hantu tapi lawak weh!!..
Budak lelaki tu...
Budak lelaki tu budak-budak sekolah aku. Aku kenal sangat dengan perangai diorang ni. Taiko-taiko sekolah yang selalu kena kejar dengan cikgu keliling bangunan sekolah, yang selalu kena berdiri dekat depan perhimpuanan sebab kes ponteng. Ini lah orang nya!!!...
Muka je ganas tapi jiwang beb!.
Lepas tu aku terus cakap muka jew ganas tapi hati tu tak adalah ganas sangat. Tiba-tiba kawan aku terus siku aku...Gluppp!!..Apahal pulak??..Salah ke apa aku cakap?...

Moral
Jangan menilai seseorang itu dari luarannya sahaja. Tak baik!!.
Tengok je macam "gangster", "taiko" tapi dia tetap manusia. Punyai hati dan perasaan seperti orang lain.
Mungkin Kedegilannya disebabkan beberapa faktor. Jika salah tegurlah dengan cara yang baik...

"Paham tak emabutfly?"....

Letak sikit gambar aku nan Mybff  Zaman Sekolah dekat sini.....Gambar ini hanya semata-mata...tak ada kaitan langsung dengan kejadian dekat atas tuuu.....


Heheheh...Sekian!!....




Sunday, 17 March 2013

Kenangan zaman sekolah

Imbas sikit zaman sekolah mase form 6...

Tahun 2009!!

Best giler, banyak yang manis daripada yang pahit ...


Aku sememangnya tak boleh dipisahkan dengan bendalah kat atas tuuu...kalu nampak asik nak menyonteng je lah kannn.....

Ini lah kegiatan aku masa form 6...
Tak suke melepak sebab banyak kojew skolah yang membukit-bikit!!!


Picture kat atas tu keje student kat UPM...Cikgu kitorang bagi tugasan so ape lagi sonok sangat lah kan bila cikgu kata nak buat lawatan bagi kitorang paham cikit.....

Sekitar lawatan  - projek student UPM 2009
Lain.....aku sememangnye aktif dalam kegiatan yang berkaitan dengan jalan-jalan cari pasal...
PASAL!!
Pasal.........Seni.......

Sekitar Balai Seni Lukis Negara 2009
Pelukis ni tengah syok lukis gambar kawan aku...

Letak gambar bff aku kat sini.....:)
Abaikan muka aku yang sangat letih tu...
Oissss....aku ini juga suke menyebokkan diri dalam aktiviti sekolah...Macam kem ke macam motivasi peringkat sekolah ke, aku memang suke betul joint.....kannn....

Kem Anjuran Sekolah 2009

......
;;



Tapi sekarang semua nya tinggal kenangan jew..
kenangan yang mengusik jiwa..
ecececece...
Mane tak nyew aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang giler-giler.....

dan sahabat yang aku tak boleh lupakan ko sampai bila - bila.....



..Sekian..

Tuesday, 12 March 2013

Kuat kan Semangat Ini!!

Semangat aku sekarang semakin lemau...selemau biskut....senipis kain yang reput..
sereput kayu kayan.....

Hahaha..gila bahasa itu kan?....segila jiwa aku sekarang ni...
Ape sebabnya??...
Bos aku tukar kan aku ke jabatan lain..kene jadi pa perubatan..mak aik!!
Bila dengar je terus kejang kaki..
Kan?...aku bukannya pandai sangat..tapi itu adalah satu cabaran...Betul tak?...
Ikut hati yang positif still boleh terima keadaan ni..Tapi ikut hati yang negatif yang datang kadang-kadang ni...rasa nak letak jawatan je..!!
Hahaha ...ayat tak bleh tahan bila cakap nak letak jawatan kan?...jawatan ape yang melekat kat dada ni?...
huhuhu..setakat kerja makan gaji..huhuhu kalu tak sape nak bagi gaji kan??...
Sudah melalut kesana - sini macam perasaan aku yang kacau bilau ni..

Pengalaman dekat tempat baru memang mengajar aku sesuatu yang baru..tapi kadang-kadang stress giler...
So semalam rasa jiwa tak tenang, buat kerja serba tak kena sebab kerja terlampau banyak aku tarik nafas dalam-dalam..
Dalammmmm lagi..lagi dalam...tibe-tibe aku rasa nak buka blog..so aku klik sorang blogers ni..
Bila baca ayat dia buat aku bersemangat cikit...

So kalau nak bersemangat setiap hari baca ayat dia banyak-banyak kali...tak susah pon..
Dan percayalah kehidupan kita lebih sempurna dengan motivasi-motivasi yang berguna untuk membangkitkan jiwa yang kacau seperti aku ni..

Dan....setiap manusia diberi dugaan yang bermacam-macam...
Mungkin kita sangat susah ketika ni...tapi ada lagi yang susah daripada kita...dan ketika kita senang adakah kita mengingati insan yang susah dan kesempitan?..
Tepuk dada tanya jiwa!!..

Ni baris kata yang aku follow tu....

                                               Sampai bila mahu duduk di dalam zon selesa,
Setiap hari mengeluh itu dan ini,
Ada saja perkara yang tidak puas di hati,
Tapi tiada anjakan atau tindakan yang diambil.

Kalau tidak berani lakukan perubahan, sampai bila-bila akan ditindas,
Fikiran pun tak berkembang,
Risau berjauhan dengan suami??
Dalam hati memang tidak mahu.
Tapi sampai bila mahu jadi isteri yang manja yang sentiasa bergantung harap pada suami,
Saya nekad, saya mahukan perubahan yang lebih baik jika diizinkan oleh-Nya,
Mungkin rezeki di sini setakat ini,
Tak perlu lagi mahu menunggu buah yang tak mungkin gugur sampai bila-bila,

Kalau diri sendiri yang tak berubah, siapa lagi yang mahu diharapkan.
Saya mahu kehidupan yang baru dan selesa.
Jika diizinkan oleh-Nya....



"Don't let someone make you feel like you're not good enough...you deserve to be at better place"