no...no..no..

Thursday, 13 September 2012

'Rumah Terbuka'

Amboi-amboi sedapnya makan dirumah terbuka. Selepas ini mahu pergi rumah terbuka dimana pula?. Untuk 1 hari berapa orang yang menjemput anda bertandang kerumahnya untuk meraikan majlis 'rumah terbuka'.

Adakah benar trend mengadakan rumah terbuka mengikis amalan ziarah di Aidilfitri yang selama ini dilakukan oleh umat islam?.

Bagi pendapat saya, mengadakan rumah terbuka mengehadkan kita daripada berkumpul bersama sanak saudara yang jauh dan saling bermaaf -maafan.  Bukan kah nilai-nilai ini perlu ada dan secara tidak langsung dapat membentuk anak muda kita agar amalan yang mulia ini berterusan ke generasi akan datang.

Jika kita mengisbas kembali kenangan lalu, kelihatan rakan sebaya berpakaian baru berjalan beriringan mengunjungi rumah jiran sekampung. Ada juga yang berbasikal menampakkan lagi suasana kemeriahannya di pagi syawal. Waktu itu, biarpun tidak mengenali sangat tuan rumahnya siapa, mereka tidak kisah dan memberi salam untuk beraya selain menyimpan sedikit harapan tuan rumah memberikan duit raya. Sekalipun duit raya yang dikumpul si kecil ini tidak banyak, ternyata amalan berzirah di Aidilfitri suatu masa dulu merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dan sesuatu kejiranan.

Ibu ayah pula berberpeluang untuk mengenali anak-anak kawannya yang semakin bertambah dan meningkat dewasa. Mana tahu boleh dijodohkan dengan permata hatinya suatu hari nanti. Namu sebenarnya golongan ini mahu merapatkan perhubungan dan dapat bertemu mesra dengan lebih lama lagi.

Bagi anda bagaimana?. Saya kurang selesa dengan trend rumah terbuka. Sejak bila amalan rumah terbuka ini wujud pun rasanya kita tidak perasan bukan.

Namun inilah fenomena masyarak sekarang lebih selesa dengan 'rumah terbuka'. Ada yang suka dengan cara ini. Alasannya, mengadakan 'rumah terbuka' menjimatkan masa dan tenaga. Ini kerana tuan rumah hanya perlu menjemput seramai mana yang dikehendaki dalam hanya satu hari dengan menjemput mereka melalui sistem pesanan ringkas (sms), email, facebook, twitter, dan blog. Tuan rumah sudah tahu siapa yang akan hadir.

Cara menjamu tetamu yang hadir juga mudah. Hanya perlu menyediakan sebuah khemah yang indah didepan rumah serta disajikan dengan makanan dan minuman yang enak-enak seperti air tembikai laici, cendol, abc, nasi beriani, nasi kerabu, nasi tomato, mee kari, soto, laksa, satay, rendang, dan lain-lain.

Namun begitu harus diingatkan, elakkan pembaziran dan biarlah mengikut kemampuan kita.

Justeru itu, bersederhanalah dalam menyambut Aidilfitri dan dalam kita bergembira jangan lupa yang tiada serta insan yang kurang bernasib baik yang menderita kesakitan mahupun dihimpit kesusahan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"..Panjang usia kita berjumpa lagi tahun hadapan. 


2 comments: