Bagi salam biar nampak sopan sikit.
Tengok kawan yang sebaya yang pernah sekolah sama-sama dulu dah ada yang dah berkahwin. Sudah jugak menimang cahaya mata.
"Hai...aku bila la ye?.."
Keinginan tu ada cuma lagi berkira-kira sama ada ekonomi sudah stabil atau tidak untuk mendirikan rumah tangga. Si jejaka mesti pening kepala hendak memikirkan. Itu belum lagi bila bersua dengan kawan lama di soal pulak dengan soalan cepu mas.
"Bila lagi?", pening nak menjawab. Ada yang pandai cover line jawap jer belum ada jodoh yang sesuai. Padahal dah pasang cita-cita untuk menyunting bunga di taman tapi disebabkan bajet nak kahwin macam ciput terus matikan niat. Lelaki juga ada nilai 'maruah' yang tinggi. Takkan nak bagi isteri tinggal rumah kos rendah?. Macammana pula kalau tak ada kereta?, Hantar isteri naik motor je?. Itu semua dah set dalam kepala lelaki.
Lelaki boleh demam panas untuk memikirkan hal-hal macam ni. Tak hairan lah kalau mereka ni lebih suka digelar "bujang lapok" daripada menyusahkan orang lain dan boleh juga menyusahkan dirinya sendiri juga!.
Mana tak demam panas kalau terpaksa mengikut rentak si gadis buah hati pengarang jantung si jejaka ni. Tengok saja di awal perkenalan, lelaki sudah terpaksa menghitung duit di dompet. Mana duit minyak, mana duit nak belanja kekasih. Hadiah mesti ada, itu belum lagi kalau si gadis mengajak pergi shopping. Mahu menggeletar lelaki nak mengeluarkan duit. Tetapi terpaksa di layankan jugak.
Alahai...
![]() |
| gambar hiasan |
Shoping sahaja!. Semua jadual mega sales memang ada je dalam PDA diakan...
Ini yang menakutkan lelaki untuk dekati perempuan. Belum sampai hujung bulan gaji sudah habis belanja si gadis yang dicintai.
Itu cerita si gadis masa kini, macammana pula cerita si jejaka masa kini?.
Keperluan sekarang ni semakin meningkat
Jadi jangan terkejut jika lelaki zaman sekarang ada yang mahu memperisterikan perempuan yang boleh menyumbang ekonomi "rumahtangga".
Pada mereka nampak macam realistik!. Tapi tak nampak ke mereka ni pun macam MATERIALISTIK?...
Jangan pelik jika sekarang ni 50% duit hantaran tu datangnya dari belah perempuan.
Dulu, sekitar tahun 90-an kalau duit hantaran letak RM 3 000 - RM 5 000 sudah cukup melengkapkan sebuah majlis perkahwinan. Tapi sekarang letak RM 7 000 habis lah!. Itu belum lagi nak membeli set katil, sewa pelamin, kad jemputan, ambil gambar lagi, barang kemas untuk batal air sembahyang. Banyak lagi lah!.
Semuanya duit!.
Hai...lelaki bukan sahaja terpaksa memikirkan majlis perkahwinan tapi mereka juga terpaksa memikirkan berulang kali selepas mendirikan rumah tangga. Adakah mereka ini betul-betul bersedia menjadi seorang suami yang boleh memenuhi segala keperluan bakal isteri mereka sedangkan diri sendiri masih lagi terkapar-pakar. Lain lah kalau lelaki memang dilahirkan dalam keluarga yang berada atau senang, masalah untuk menamatkan zaman bujang tak ada masalah langsung!.
Jadi janganlah menganga pelik sangat kalau lelaki terpaksa mencari kekasih yang bukan je mampu berkongsi cinta, berkongsi hidup tetapi dapat berkongsi gaji dan berkongsi buku akaun bank si gadis!.
Bonus bagi lelaki kalau ditakdirkan bertemu dengan gadis yang berkelulusan tinggi dan memang berduit. Lagi pemurah lagi bagus. Beruntunglah badan.
Macam materialistik juga kan?.
![]() |
| gambar hiasan |
Sekian.


No comments:
Post a Comment