sememang nya bulan puasa ini tiada daya untuk menulis atau dikata ertikan sebagai "tiada idea untuk menulis"...so aku sekadar hanya mampu share copy dari somebody....hehehe
Kan tak baik "membongah" tak tentu pasal klu aku wat cerita sendiri..
Hehehehe..
"okey-okey!"
"so..jom same-same kita hayati tazkirah ini"..
aku dapat ni pun dari dalam email tempat aku keje..so aku just copy dan..untuk di baca bersama-sama...
"so..mari bersama-sama kita renungkan dan selamat beramal......"
Hehehehe..
"okey-okey!"
"so..jom same-same kita hayati tazkirah ini"..
aku dapat ni pun dari dalam email tempat aku keje..so aku just copy dan..untuk di baca bersama-sama...
"so..mari bersama-sama kita renungkan dan selamat beramal......"
(Petikan Daripada Kisah Iblis Diperintah Menghadap Rasulullah S.A.W.)
RASULULLAH S.A.W. : “Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?”
raja iblis :
“Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadhan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya.
Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah S.W.T. yang Maha Pengampun. Segala dosa yang telah lalu diampunkan serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa.
Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa.
Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Allah menjadikan 1,000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam bulan Ramadhan. Segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka dan angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga.
Maka pada hari mulanya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Allah serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba, barulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka.
Umat Tuan Hamba juga dengan sendirinya telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri tanpa sedikit pun perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain”

No comments:
Post a Comment